Sunday 10 June 2012

Universal Studio Singapore


Yahoooo….
Akhirnya tercapai gak hajat nak ke USS nie kannn…hik2 (dah lama teringin nak gi tapi belom ada rejeki…meleleh ayeq liur asyik laa dok baca story orang lain gi berjimba kat USS nie.. ahak… ahak)
Okeyy…nie aku nak citer pasal gi Singapore aritu…motif utama nak gi Univesal studio la kan…sambil2 tu nak ronda2 town…
Bermula dari kediaman aku nie malam Khamis (31/5). Aku, laki aku (jimmy) & anakanda (Amer) bergerak dgn menaiki bas ekpress dari Paka. Bas sepatutnya smp jam 10.45 tapi macam biasa la kan time gerenti x tepat punya..kol 11.45 mlm baru bas muncol!!!
Tambang bas Dungun – JB -
RM 38.90 (dewasa) -
RM 31.10 (kanan2)
Mulanya kami cadang nak ambik bas direct ke Singapore tapi disebabkan tiket dah habis aku advice laki aku tuk beli aje tiket bas Dungun – Johor Bahru. Kiranya bas nie nanti akan berhenti kat Hentian bas Larkin. Masuk2 je dalam perut bas dan setelah menggambil posisi yang selesa aku pun layan mata, sesekali terbangun nak tenguk map kat enpon kami dah sampai mana… ok la driver bas nie tak bawak laju or lembab sangat pon….mengikut sukatan kelajuan yang dah ditetapkan aku rasa…ekeke. Sampai Larkin kol 6.30am.
First sekali of course le carik toilet kan..hehehe (punya le tersorok tandas nyer…kat area pasar lak tu..bau pasar paham2 aje laa..aduyaiii) tapi sempat gak aku aku mandi manda secara ringkas kat toilet nie..hahaha tuko baju & pakai wangi2..tak sanggup aku weii nak jenjalan dgn x mandi…kui..kui..kui
Lepas dah siap semua kami carik kedai mamak..b/fast,tukar duit to sing dollar pastu carik tiket bas nak ke Singapura plak. Time nie jam dah menunjukkan pukul 8.00 pagi.
Tiket bas Larkin – border RM 3.20 (dewasa) & RM 2.50 (kanak2)

nie laa bas nye...dia parking berdekatan dgn kedai mamak aje..

Bas nie akan turunkan penumpang kat boarder immigrasen Malaysia/singapura aje. Lepas pengesahan pasport kami kena turun semula ke bahagian bawah dan kena naik bas lain lak. Kami nie x arif lagi kan so melilau le carik bas yg memula kami naik tadi..harus la dah xde kan bas tu…tanya punya tanya rupanya kena ambik bas baru..kami pun berbaris le semula follow org naik bas..alhamdulillah x lama baris bas dah sampai.
Bas yang ke-2 ni pulak turunkan kami kat tempat immigrasen Singapore iaitu di Woodland untuk cop passport dan isi boring visa.
Memandangkan jam masa tu dah pukul 10.30 pg..nak ke USS pun mungkin akan sampai sana dalam kol 12 t/hari…macam tak sempat je..rugi la kan..so kami cadang untuk check in hotel dulu. Nanti lepas zohor keluar balik.
Dari woodland kami kena ambik bas interchange ke MRT yang terdekat iaitu mrt Woodland. Kat Singapore nie kita tak perlu risau kalau kita terlepas bas ke apa sebab bas diorang sgt banyak & very effeciant gitu… 5 min satu.
on the way nak ke bas stand woodland – tuk ambik bas ke MRT

Dari bas stand Woodland ke MRT Woodland tambangnyer cuma S$2.10 (utk 3 person) tapi perlu diingat korang mesti sediakan wang kecik sebab kemungkinan besau driver bas tak akan terima duit korang atau dia tak akan pulangkan change korang tu…


bersambung... 2/4

No comments:

Post a Comment